BM | EN | 中文

TAPAK BANGUNAN TERBENGKALAI BERUBAH JADI PARKIR AWAM

rosleli-jahari.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 20 OKT : Setelah lebih 40 tahun terbengkalai, tapak bangunan panggung wayang lama di Teluk Sengat, di sini akhirnya berubah wajah menjadi tempat parkir kenderaan untuk kemudahan orang awam.

Adun Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, atas permintaan penduduk pihaknya telah membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat daerah sebelum tindakan diambil.

Katanya, pembinaan parkir berkenaan telah siap awal bulan ini selepas bangunan lama itu dirobohkan di mana kini boleh menempatkan kira-kira 100 buah kenderaan.

Advertisement

“Terima kasih kepada pihak pejabat daerah Kota Tinggi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang yang telah membantu menyelesaiakan masalah rakyat di sini.

“Penduduk amat gembira dengan adanya kemudahan baharu ini yang mana sekali gus telah menjadikan pekan ini kelihatan lebih bersih.

“Dalam masa sama penduduk tidak sakit mata lagi dengan masalah bangunan terbengkalai yang telah sekian lama membelenggu,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Rosleli berkata, dengan adanya kemudahan parkir itu juga dapat mengurangkan kesesakan di pekan tersebut yang menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Jelasnya, secara tidak langsung juga dapat mencegah aktiviti tidak sihat serta penyakit berjangkit susulan kawasan berkenaan yang kini menjadi lebih bersih.

“Dalam masa sama kita berharap agar kawasan parkir ini tidak akan dikenakan apa-apa bayaran agar penduduk serta pengunjung luar dapat memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top