BM | EN | 中文

Tanya soalan lain, menteri JPM jawab lain – Steven Sim

steven-sim-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilihat tidak menjawab soalan yang ditanya beliau di Parlimen.

Menurut Steven, soalan yang ditanya mengenai senarai peruntukan bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan daripada Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia Ke-11 adalah penting.

“Soalan ini penting sebab pertumbuhan ekonomi perlu disertakan dengan pengagihan yang adil untuk pembangunan yang seimbang.

Advertisement

“Di satu pihak, Kerajaan Persekutuan harus memastikan negeri seperti Pulau Pinang mendapat peruntukan yang adil setara dengan sumbangan ekonomi negeri.

“Di satu pihak lagi, negeri-negeri yang masih mempunyai masalah kemiskinan yang tinggi perlu diberi bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Steven turut mengongsikan kertas pertanyaannya yang meminta Perdana Menteri menyatakan senarai peruntukan yang telah diberi kepada ‘setiap negeri dan wilayah persekutuan’ daripada Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia Ke-11.

Advertisement

Terdahulu, Steven dilaporkan Roketkini turut menyiarkan jawapan oleh Mustapa yang menyenaraikan peruntukan bagi ‘seluruh negara’ mulai Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia Ke-11.

Tambah Steven, semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kerajaan telah menyalurkan wang ehsan untuk pembangunan secara terus kepada kerajaan Kelantan berbanding sebelumnya di mana kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menyalurkan wang tersebut kepada agensi persekutuan.

“PH juga menambahkan peruntukan secara terus kepada kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Advertisement

Steven berkata, semasa beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau sedaya upaya untuk berikan jawapan yang tepat dan memenuhi permintaan ahli Parlimen yang menyoal.

“Ahli Parlimen tunggu nak dapatkan jawapan, tapi kerajaan pula tak sudi jawab dengan baik.

“Jika di Parlimen pun kita tak boleh dapat jawapan kepada isu-isu negara, kat mana lagi rakyat nak cari kebenaran?” soalnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top