BM | EN | 中文

Tanpa persidangan, DUN Johor seolah-olah sekadar ‘rubber stamp’

dr-s-ramakrishnan.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 11 JUL: Tiada persidangan seolah-olah menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor seperti ‘rubber stamp’ dan menjadikannya tidak relevan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Dr S Ramakrishnan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) perlu membahaskan tindakan bagi membantu golongan miskin dan melaksanakan pakej rangsangan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat Covid-19.

“Persidangan DUN menyediakan ruang bagi anggota untuk mengemukakan rancangan pembangunan bagi kawasan mereka dan memberikan cadangan pemulihan kepada kerajaan negeri.

Advertisement

“Tanpa platform untuk wakil rakyat mengemukakan cadangan, maka tiada bantuan yang akan dapat disampaikan kepada rakyat di Johor,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, pandemik Covid-19 membawa banyak tekanan dan masalah kepada rakyat.

Justeru itu, keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan serta ahli keluarga yang terperangkap di sebarang tambak sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Advertisement

Dr Ramakrishnan berkata, antara masalah dihadapi rakyat adalah berhubung cukai tanah yang dinaikkan sebelum wabak Covid-19 dan isu itu perlu disemak dan ditangguhkan.

Selain itu masalah kritikal yang perlu dibincangkan dan ditangani adalah jumlah yang dijangkiti Covid-19, pencegahan penyakit serta rancangan pemulihan ekonomi selepas wabak Covid-19.

“Isu-isu ini memerlukan tindakan segera dan tindak balas pantas kerajaan negeri,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, Labis yang terletak di kawasan diwakilinya, iaitu DUN Bekok sebagai kawasan pertanian luar bandar dengan sedikit industri, beberapa kilang getah dan kilang papan dikatakan sedang mempertimbangkan penutupan operasi.

Ia katanya akan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan memerlukan campur tangan kerajaan negeri bagi rancangan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.

“Terdapat agenda yang cukup untuk dibahas, dibincang dan diselesaikan di DUN. Pakej dan program rangsangan ekonomi baru boleh dimasukkan dalam bajet yang akan datang.

Advertisement

“Norma baharu ini mungkin memerlukan prosedur baru dan enakmen negeri. Pendapat dan aduan masyarakat mesti dibahaskan dan jika boleh disertakan dalam bajet baru.

“Kepentingan pembayar cukai dan rakyat haruslah dijaga,” ujarnya.

Tambah beliau sidang DUN mesti diadakan dan persidangan sehari sekadar untuk mematuhi undang-undang adalah adalah tidak munasabah.

Advertisement

“Kita memerlukan perdebatan yang serius, mendengar keluhan orang ramai dan pendapat wakil rakyat. Mesti ada perundangan dan kelulusan bil kewangan.

“Terpenting, prestasi kerajaan negeri mesti dipantau kerana mereka bertanggungjawab kepada DUN,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top