BM | EN | 中文

TANJUNG PIAI DESTINASI UNIK PELANCONGAN

IMG-20190916-WA0007.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 SEPT : Tanjung Piai, di sini, merupakan salah satu destinasi unik untuk kunjungan para pelancong ke negeri ini, kata Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.

Menurutnya, keunikkan dari segi persekitaran dan geografi kawasan itu patut diwar-warkan kepada orang ramai terutama negara jiran.

“Destinasi yang menarik di sini juga perlu diperkenalkan kepada umum bagi menjadikan Tanjung Piai sebagai salah tempat wajib dikunjungi jika ke Johor.

Advertisement

“Perkara ini juga pasti akan meningkatkan hasil jualan produk tempatan di sini dengan kehadiran orang luar yang menghinap di sini.

“Peluang ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi penduduk di sini  akibat limpahan pengunjung yang hadir,” katanya.

Suhaizan berkata demikian ketika berucap di program Karnival Penghujung Selatan Benua Asia, di Tanjunh Piai, di sini, hari ini.

Advertisement

Karnival tersebut anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Johor dan agensi-agensi serta syarikat swasta di sekitar Tanjung Piai dan Pontian.

Ujar Suhaizan lagi, pelbagai langkah boleh diambil bagi membawa harapan menjadikan Tanjung Piai sebagai tumpuan pelancong.

“Antara langkah yang akan diambil adalah mengkoordinasikan segala agensi, pengusaha persendirian serta individu yang berkenaan untuk menyelaraskan pelancongan di kawasan ini.

Advertisement

“Koordinasi ini membabitkan peringkat daerah Pontian dan akan menaik taraf perkhidmatan infrastruktur bagi persediaan menyambut pelancong.

“Ia membabitkan perancangan jangka masa pendek dan panjang,” katanya.

Selain itu, ujarnya, saranan mengadakan sistem ‘eco village’ yang bertujuan menarik kedatangan pelancongan pelancongan boleh dilaksanakan.

Advertisement

“Kita juga akan mengenal pasti trend masa kini bagi kesesuaian untuk meningkatkan tarikan ke sini,” katanya lagi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top