BM | EN | 中文

TANJUNG PIAI BERSEDIA SAMBUT 15,000 PENGUNJUNG 26 DISEMBER INI

Suhaizan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 SEPT : Kira-kira 15,000 pengunjung dijangka membanjiri Tanjung Piai, di sini pada 26 Disember ini bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari cincin (anulus).

Fenomena berkenaan yang berlaku setiap 23 tahun sekali apabila bulan melalui antara bumi dan matahari dan dapat disaksikan secara jelas di kawasan itu.

Menurut Penyelaras Dun Kukup,  Suhaizan Kaiat, kawasan itu dijangka akan dipenuhi dengan pelbagai golongan termasuklah cendekiawan.

Advertisement

“Kita perlu bersedia kerana fenomena ini adalah suatu yang jarang dapat dilihat dengan mata kasar di negara kita.

“Kita perlu menunggu sehingga tahun 2042 untuk menyaksikan gerhana seperti ini berlaku lagi dan peluang atau kesempatan ini perlu diambil oleh penduduk Tanjung Piai untuk memperkenalkan tempat ini di mata dunia.

“Perbincangan untuk mengadakan persediaan tersebut akan dilakukan dan ini juga suatu senario yang pasti akan mendatangkan keuntungan kepada masyarakat serta penduduk di sekitar Tanjung Piai,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika merasmikan Karnival Penghujung Selatan Benua Asia di Tanjung Piai, di sini, hari ini.

Suhaizan yang juga merupakan Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor berkata, segala infrastruktur dan perkhidmatan akan dipantau untuk disediakan.

“Pengunjung kali ini berbeza, mereka bukan sekadar datang untuk berehat dan sebagainya tetapi mereka datang untuk membuat kajian.

Advertisement

“Justeru itu, capaian internet perlulah memenuhi kriteria yang diperlukan ketika gerhana tersebut berlaku.

“Tetapi, perkara ini (capaian internet) merupakan suatu cabaran kepada kami di sini.

“Oleh itu, saya telah berhubung dengan exco yang berkenaan dan kita akan berusaha untuk menyediakan perkara tersebut agar tidak menjadi pertikaian pada pengkaji, saintis dan cendekiawan yang akan hadir nanti,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top