BM | EN | 中文

TANJUNG PENYABONG WATERFRONT MAMPU JADI TARIKAN, RANCAKKAN TAHUN MELAWAT JOHOR

IMG-20191207-WA0039.jpg
Advertisement

MERSING, 7 DIS : Projek kemudahan Tanjung Penyabong Waterfront yang siap dibangunkan sejak dilaksanakan dua tahun lalu dilihat mampu menjadi lokasi tarikan untuk merancakkan lagi Tahun Melawat Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pembangunan di Tanjung Penyabong itu dilihat sebagai nilai tambah kepada kemudahan sedia ada di Mersing termasuklah Mersing Harbour Centre dan Medan Ikan Bakar Endau.

Menurutnya, Tanjung Penyabong bakal menjadi tarikan kepada pelancong bukan sahaja untuk menikmati makanan tempatan dan membeli kraftangan, malah menjadi lokasi bagi aktiviti memancing, berkelah dan ‘island hopping’.

Advertisement

Dalam masa sama, beliau juga berharap agar daerah Segamat boleh dimajukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sama seperti dilakukan di Mersing.

“Insya-Allah bila Segamat dan Mersing dalam satu kawasan ECER, mudah pembangunan dilaksanakan kerana kita maklum bahawa di Mersing banyak tempat yang boleh kita bangunkan sama ada tarikan pelancong dan pelbagai lagi,”

katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pelancongan Tanjung Penyabong kepada Majlis Daerah Mersing, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat perkembangan lebih positif berlaku di kawasan pelancongan itu termasuk pembangunan berkaitan aktiviti marin dan perikanan.

Advertisement

“Kesemua ini bagi meningkatkan lagi ekonomi tempatan dengan memanfaatkan kekayaan sumber berasaskan marin dan pertanian di samping mengukuhkan kedudukan Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

 

“Oleh itu, saya juga berharap agar penduduk tempatan dan rakyat dapat memanfaatkan segala peluang yang wujud daripada pembangunan Tanjung Penyabong ini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top