BM | EN | 中文

TANJUNG PENYABONG WATERFRONT BERNILAI RM15 JUTA, BERI IMPAK POSITIF KEPADA MASYARAKAT 

IMG-20191207-WA0037.jpg
Advertisement

MERSING, 7 DIS : Kerajaan persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menyiapkan pelbagai kemudahan di Tanjung Penyabong Waterfront yang bernilai RM15 juta.

Kemudahan berkenaan dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat melalui kewujudan peluang pekerjaan dan keusahawanan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, pembangunan bersepadu itu adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan untuk terus membangunkan Mersing sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan mampan.

Advertisement

Katanya, selain daripada pelacongan, kemudahan di Tanjung Penyabong Waterfront dijangka akan meransang aktiviti perniagaan dan perikanan tempatan kerana ia terdiri daripada medan selera, pusat kraftangan serta kemudahan awam.

“Jeti yang sedia ada juga telah dinaiktaraf untuk keselesaan pelancong menaiki bot ke pulau-pulau berdekatan serta memudahkan aktiviti nelayan.

“Mersing telah mengalami transformasi sosioekonomi yang mantap setelah menerima manfaat daripada projek infrastruktur berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh ECERDC dengan kerjasama kerajaan negeri Johor,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Kemudahan Tanjung Penyabong kepada Majlis Daerah Mersing yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, hari ini.

Baidzawi berkata, penyiapan kemudahan di Tanjung Penyabong Waterfront akan melengkapi pembangunan pelancongan lain.

“Ini seperti Mersing Harbour Centre, Medan Ikan Bakar Endau, penaiktarafan jalan menuju ke Taman Negara Endau-Rompin serta pembinaan dan penaiktarafan kemudahan awam di kepulauan Mersing.

Advertisement

“Projek-projek ini telah membawa kesan limpahan yang besar dari segi pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat.

“Selain itu, dapat memperkukuh pelancongan sebagai enjin pertumbuhan penting daaerah ini serta mewujudkan nilai ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Mersing,”katanya.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top