BM | EN | 中文

Tangkap ikan dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, 12 ditahan

Tangkap-ikan-dalam-kawasan-Taman-Laut-Sultan-Iskandar-12-ditahan.png

Gambar Ehsan Harian Metro

Advertisement

MERSING, 19 APR: Jabatan Perikanan Negeri Johor (JPNJ) menahan dua bot bersama 12 pemancing tempatan awal hari ini, kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, dekat Mersing.

Pengarah Perikanan Negeri Johor Noraishah Hashim berkata kedua-dua bot kelas C itu ditahan Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, JPNJ yang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan timur negeri ini.

“Bot pertama ditahan pada kira-kira 3 pagi di kedudukan 0.5 batu nautika dari pantai Pulau Aur, Mersing. Pemeriksaan mendapati bot itu dinaiki seorang tekong berumur 62 tahun bersama enam pemancing berumur antara 49 dan 75 tahun: katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Noraishah berkata bot kedua pula ditahan kira-kira pada waktu sama di kedudukan 0.6 batu nautika dad pantai Pulau Aur dengan pemeriksaan menemukan seorang tekong berumur 56 tahun, awak-awak berumur 48 tahun serta enam pemancing berumur antara 34 dan 58 tahun.

Beliau berkata mengambil, mengalih atau memiliki haiwan akuatik dalam kawasan taman laut merupakan kesalahan mengikut Seksyen 43 Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit dan sejumlah peralatan menangkap ikan yang dirampas kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 43 (1) Akta Perikanan 1985.

Advertisement

Terdahulu, Noraishah dilaporkan Bernama menasihati semua pihak khususnya nelayan supaya mematuhi syarat lesen supaya tidak menjejaskan sumber perikanan negara.

“Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan pengurusan sumber perikanan mampan dan berdaya saing: katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top