BM | EN | 中文

Tangkak rekod IPU paras tidak sihat

tangkak.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 MAC: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Tangkak, Johor merekodkan bacaan 160 atau paras tidak sihat hari ini.

Ia berikutan terdapat kebakaran sisa pokok dan sampah di hadapan stesen mengukur IPU Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Majlis Daerah Tangkak (MDT) giat menjalankan kerja memadam dan membersihkan tapak kepakaran dengan menimbus tanah.

Advertisement

“Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) berpusat di Singapura pada 8 Mac lalu (kelmarin), terdapat empat titik panas dikesan menerusi imej satelit Pengurusan Atmosfera dan Laut Nasional (NOAA), selain lokasi itu membabitkan daerah Mersing.

“Berdasarkan perangkaan JAS Johor, terdapat 213 kes aduan pembakaran terbuka dilaporkan sejak awal tahun ini sehingga semalam.

“JAS bersama agensi berkaitan melaksanakan tindakan mencegah pembakaran terbuka meliputi rondaan fizikal, pemantauan udara menggunakan dron di kawasan berisiko terbakar dan kawasan dikenal pasti mudah terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Vidyananthan berkata, pemilik tanah diingatkan memantau tanah masing-masing secara rapi, selain mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pembakaran terbuka termasuk terhadap pemilik tanah.

“Jika sabit kesalahan, boleh disiasat mengikut Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

“Kompaun maksimum berjumlah RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top