BM | EN | 中文

TANGKAK KAWASAN PERTAMA TAK SIHAT DI JOHOR AKIBAT JEREBU

JEREBU-Tangkak.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Kawasan Tangkak menjadi kawasan pertama dikategorikan sebagai tidak sihat di negeri ini berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 113 setakat 12 tengah hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Tan Chen Choon berkata orang ramai dinasihati mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup hidung jika berada di luar rumah bagi mengelakkan masalah pernafasan dan penyakit konjunktivitis serta meminum air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal hidrasi.

Selain itu, seluruh sekolah dan ibu bapa di kawasan Tangkak dinasihati untuk mengikuti rapat keadaan murid-murid terutamanya bagi para calon peperiksaan UPSR yang masih menduduki peperiksaan sehingga esok.

Advertisement

“Semua pihak dilarang sama sekali melakukan sebarang pembakaran terbuka dan tindakan tegas akan diambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap mereka yang terlibat,” katanya, lapor Bernama.

“Saya juga meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian kebakaran atau aktiviti pembakaran terbuka kepada Majlis Daerah Tangkak dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan segera atau melalui Talian Am 999,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga disaran untuk memuat turun aplikasi MyIPU dari AppStore atau Google Playstore bagi mendapatkan makluman dan bacaan terkini tentang kualiti udara di kawasan mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top