BM | EN | 中文

TANGKAK DICADANG JADI LOKASI PROMOSI TOURISM JOHOR

IMG-20191124-WA0008.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak mencadangkan agar bandar di daerah itu dijadikan kawasan pengiklanan Tourism Johor sempena Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia, tahun hadapan.

Adun Tangkak Ee Chin Li berkata ini kerana kedudukan geografi daerah itu terletak di pintu masuk dari sebelah utara Johor melalui lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Katanya, bandar Tangkak adalah tempat pertama bagi pelancong dari arah utara memasuki Johor melalui laluan darat.

Advertisement

“Daerah Tangkak juga terkenal dengan tarikan pelancong yang unik seperti Gunung Ledang, hasil-hasil tanaman dan makanan.

“Diharapkan Tourism Johor boleh pertimbangkan supaya mewujudkan sebuah pusat maklumat pelancongan di Bandar Tangkak bagi mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Kota Iskandar, hari ini.

Advertisement

Chin Li berkata dengan peruntukan yang disediakan kerajaaan negeri iaitu sebanyak RM8.2 juta bagi tujuan pengiklanan Tahun Melawat Johor 2020, beliau mencadangkan supaya bandar Tangkak dipilih sebagai kawasan pengiklanan Tourism Johor.

Sempena Tahun Melawat Johor 2020, kerajaan negeri telah mensasarkan kehadiran seramai 18.4 juta pelancong domestik dan Antarabangsa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top