BM | EN | 中文

Tanggungjawab kerajaan baru ialah turunkan kes Covid-19 – Chin Tong

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Kelangsungan pemerintahan baru kali ini bergantung kepada kejayaan atau kegagalan untuk menurunkan jumlah kes, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kematian akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, tugas kerajaan baru adalah mendapatkan kepemimpinan kesihatan awam yang betul dan perkara itu adalah ujian penting kepada perdana menteri yang baru.

“Menteri kesihatan yang baru harus menjadi pemimpin politik matang dengan kedudukan di kalangan anggota kabinet bagi membolehkan komunikasi meyakinkan dan berkesan mengenai isu perubahan dasar kesihatan yang sukar kepada kabinet, dan lebih penting lagi, kepada orang ramai,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliau lagi, Menteri kesihatan yang baru juga seharusnya adalah orang yang sama mengendalikan vaksininasi.

Tambah beliau, pentadbiran perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin sebelum ini memperkenalkan pendekatan “kluster” dalam mengatur sektor keselamatam, ekonomi, pendidikan dan sosial, dan pembangunan infrastruktur.

Katanya, sekiranya kaedah itu diteruskan, menteri kesihatan harus juga dilantik sebagai menteri kanan untuk kelompok sosial.

Advertisement

Bekas timbalan menteri pertahanan itu menambah, Malaysia perlu mereformasi sistem penjagaan kesihatan di luar Covid-19.

“Pandemik ini memperlihatkan semua kelemahan yang ada dan memerlukan kepemimpinan, keazaman politik dan visi untuk dibangunkan semula.

“Menteri kesihatan yang baru juga harus mengartikulasi pilihan dasar kesihatan untuk tahun-tahun mendatang, termasuk pembiayaan kesihatan, pengumpulan data dan analisa kesihatan, pencegahan dan pengurusan wabak,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top