BM | EN | 中文

Tangguh Undi 18: Malaysia ambil langkah ke belakang – Adun Paloh

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 26 MAC: Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pendaftaran Undi 18 dan pemilih automatik hanya akan dilaksana selepas September 2022 menafikan peranan anak muda dalam proses demokrasi.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, alasan pelaksanaan Undi 18 adalah tidak munasabah dan tidak mennyebelahi anak muda sama sekali.

“Tindakan seumpama ini akan menghakis demokrasi dan membawa negara kita terkebelakang dimata dunia.

Advertisement

“Ia adalah satu penafian terhadap usaha untuk menyegerakan penglibatan anak muda dalam proses demokrasi negara menerusi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, SPR menyatakan bahawa proses undi 18 hanya akan terlaksana selepas September 2022.

Sedangkan kata Sheikh Umar, Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019 telah meluluskan perlaksanaan Undi 18.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bahawa Dewan Rakyat pernah tidak bersidang selama dua tahun pada masa darurat 1969 dilihat bercanggah dengan titah YDP Agong.

Pada 24 Februari, YDP Agong, Sultan Abdullah bertitah menasihatkan agar Parlimen boleh diadakan dalam perintah darurat.

“Namun kenyataan Takiyuddin pada 3 Mac mendakwa tiada keperluan dewan untuk bersidang pada ketika ini. Jelas sekali latar belakangnya berbeza.

Advertisement

“Apa sudah jadi dengan Parlimen kita? soal Sheikh Umar.

Kegagalan kerajaan mengadakan sidang parlimen kata Sheikh Umar, merupakan pengkhianatan terbesar terhadap institusi legislatif di negara ini.

“Di bawah pentadbiran PN, parlimen sudah hilang fungsi?

Advertisement

“Amaran saya, kerajaan PN jangan lacurkan maruah dewan yang mulia Parlimen Malaysia,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top