BM | EN | 中文

TANGGUH SESI PERSEKOLAHAN DI TANGKAK, SARAN EXCO NEGERI

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: Kesemua sesi persekolahan di Tangkak akan ditangguhkan sekiranya bacaan kualiti udara di daerah tersebut kekal pada bacaan sangat tidak sihat, seperti yang direkodkan pada awal hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata saranan tersebut selari dengan Pelan Tindakan Jerebu kebangsaan, sambil menambah kesemua agensi terbabit telah bersiap siaga bagi menangani situasi di Tangkak.

“Sebagaimana kenyataan saya semalam (13 September), Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini telah dan sedang mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan dan gejala yang menjadi potensi dan punca membolehkan keadaan udara bertambah teruk.

Advertisement

“Berdasarkan perkembangan ini juga dan selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, saya menyarankan agar sesi persekolahan di daerah Tangkak ditangguhkan sekiranya bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) kekal melebihi 200.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta untuk mengikuti rapat pihak JAS bagi mendapatkan makluman terkini bacaan IPU di daerah Tangkak,” Chen Choon berkata menerusi satu kenyataan, hari ini.

Chen Choon, yang juga merupakan Adun Jementah, turut menyeru supaya orang ramai untuk mengambil langkah penjagaan diri dengan mengurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka apabila perlu berada di luar.

Advertisement

Beliau turut menasihatkan supaya masyarakat segera merujuk kepada klinik kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan sekiranya terkesan dengan kualiti udara setempat selain memastikan supaya setiap individu mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

Terdahulu, Bernama melaporkan kualiti udara di daerah Tangkak dan Kuching berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu melebihi 201, berdasarkan pada bacaan yang direkodkan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)

Agensi berita nasional tersebut turut melaporkan bahawa jumlah stesen yang merekodkan bacaan tidak sihat meningkat kepada 32 berbanding 27 pada awal pagi tadi apabila lima stesen di tiga negeri iaitu Pahang, Sabah dan Sarawak yang sebelum ini merekodkan bacaan sederhana meningkat kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top