BM | EN | 中文

Tangguh buka sempadan JB-Singapura, pekerja dalam kesukaran – Adun Bekok

dr-s-ramakrishnan-1.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 21 JUL: Penangguhan pembukaan semula sempadan Johor Bahru-Singapura menyebabkan pekerja harian yang berulang alik kini dalam keadaan sukar, kata Adun Bekok, Dr S Ramakrishnan.

Katanya, walaupun ada jaminan bahawa pintu sempadan akan dibuka oleh pihak berkuasa, tetapi tiada kemajuan dalam perkara tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 26 Jun mengatakan bahawa pihak berkuasa kedua negara bersetuju bagi pembukaan semula sempadan dan perkara ini harus dilakukan dengan teliti berdasarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP).

Advertisement

Namun katanya, perbincangan mengenai langkah-langkah menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 dilihat masih  lambat.

“Nampaknya tidak ada rasa mendesak. Putrajaya mungkin tidak menyedari betapa seriusnya keperluan untuk membuka sempadan,” kata Dr S Ramakrishnan dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, SOP yang jelas dan praktikal mesti dinyatakan sebelum sempadan dibuka semula.

Advertisement

“Jika perkara ini dapat dilakukan dengan segera maka ini akan memberikan kelegaan besar kepada hampir 250,000 pekerja Malaysia yang melintas sempadan setiap hari untuk bekerja di Singapura.,” katanya.

Dalam pada itu katanya, syarat baru mengatakan bahawa hanya mereka yang telah bekerja selama tiga bulan di Singapura akan dibenarkan masuk ke Malaysia menjadi beban kepada pekerja harian.

Manakala syarat yang dikatakan mengehadkan hanya 2,000 orang yang dibenarkan menyeberangi sempadan setiap hari turut mengecewakan mereka.

Advertisement

“Pihak berkuasa Malaysia mesti bersikap realistik dan praktikal dalam tindakannya.

“Semua pihak termasuk pekerja telah pun memahami masalah kesihatan di sebalik penyeberangan sempadan ini. Keutamaan harus diberikan kepada pekerja Malaysia dan peniaga untuk melintasi sempadan dengan mematuhi semua SOP.

“Usaha untuk pengesanan kenalan pesakit Covid-19 juga haruslah dilakukan dengan segera tanpa berlengah lagi.

Advertisement

“Pekerja Malaysia yang tinggal di Singapura sudah bergelut dengan kos hidup yang tinggi di pulau tersebut. Pihak berkuasa Malaysia haruslah lebih prihatin dalam menangani masalah sebenarnya,” ujar Dr S Ramakrishnan lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top