BM | EN | 中文

Tangguh bayar sewa Julai, warga PPR di Selangor lega beban berkurangan

Tangguh-bayar-sewa-Julai-warga-PPR-Selangor-lega-beban-berkurang.jpg

PPR di Selangor (Gambar Hiasan)

Advertisement

SHAH ALAM, 13 JUN: Penangguhan bayaran sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Skim Smart Sewa pada Julai ini oleh Kerajaan Selangor memberi kelegaan kepada penghuninya.

Pengerusi KRT Blok C PPR Lembah Subang 2 berkata walaupun nilai bayaran itu kecil namun memberi makna besar kepada penduduk kerana mampu mengurangkan beban ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Majoriti penduduk merupakan golongan berpendapatan rendah B40. Bantuan ini sangat membantu,” kata Mohd Idzhar Mohd Shapie, lapor SelangorKini.

Advertisement

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan penangguhan itu ketika membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP.

Bertemakan Bersama Menuju Kejayaan, pelan itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan B40, pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Sementara itu, Mohd Idzhar berkata bakul makanan disediakan Kerajaan Selangor sentiasa ada sejak PKP dilaksana Mac tahun lalu dan akan diberikan kepada penduduk yang memerlukan.

Advertisement

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 juga Kerajaan Selangor memperuntukkan RM100,000 kepada setiap Ahli Dewan Negeri manakala RM300,000 kepada Ahli Parlimen bagi meneruskan bantuan bakul makanan menerusi Program Mesra Rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top