BM | EN | 中文

Tangani segera masalah pekerja Malaysia di Singapura

IMG-20200109-WA0001.jpg

Cheo Yee How

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perling, Cheo Yee How menyarankan kerajaan memanfaatkan hubungan baik dengan Singapura bagi membincangkan kebajikan dan masa depan pekerja Malaysia di republik itu.

Ini kerana katanya, syarikat di negara itu telah mula melakukan pembuangan pekerja berikutan terjejas akibat pandemik Covid-19, sejak bulan lalu.

“Kita maklum kedua-dua negara mengambil langkah berjaga-jaga dalam isu pandemik Covid-19. Namun soal masa depan pekerja negara ini juga perlu diberikan perhatian.

Advertisement

“Saya melihat, kelonggaran boleh diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkerja di negara tersebut serta sempadan di antara kedua negara dilonggarkan khusus untuk mereka yang bekerja sahaja.

“Hal ini cukup membimbangkan kerana nasib pekerja Malaysia di sana seperti tidak jelas kerana tiada jawapan yang konkrit dalam hal ini.

“Kita tidak mahu perkara ini menjejaskan rezeki mereka untuk menjana kehidupan,” ujarnya.

Advertisement

Yee How turut mencadangkan kerajaan Malaysia antaranya dengan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan dengan persetujuan pihak Singapura.

“Selain itu, rundingan dua negara ini perlu disegerakan bagi membincangkan soal pekerja Malaysia di sana agar rakyat kita di Singapura dapat merancang perjalanan mereka serta perkerjaan mereka terhadap majikannya.

“Kementerian dan kerajaan Johor perlu mengambil langkah proaktif dengan segera.

Advertisement

“Masalah akan berlaku sekiranya ia terus dibiarkan dan saya yakin akan ada ramai lagi pekerja Malaysia di Singapura akan dibuang kerja,” ujarnya lagi.

Seramai kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang berkerja di republik itu dan hampir 250,000 daripadanya berulang-alik setiap hari melalui Tambak Johor dan laluan kedua Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top