BM | EN | 中文

Tangani kesan sosio ekonomi rakyat susulan pelaksanaan semula PKP – AWAN Johor

norhayati-bachok-e1575181616132.jpg
Advertisement

MUAR, 22 JAN: Kerajaan disarankan mengambil tindakan segera bagi meringankan beban rakyat yang terjejas ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok berkata, tahap ekonomi rakyat perlu dipertimbangkan agar kesan-kesan negatif PKP sebelum ini tidak berulang.

“Apa yang berlaku sewaktu PKP sebelum ini kita dapat lihat bagaimana rakyat berhadapan dengan kesan ekonomi yang teruk tanpa bantuan kewangan mencukupi dan tidak menyeluruh daripada kerajaan.

Advertisement

“Kita dapati ramai golongan B40 dan M40 hilang mata pencarian akibat PKP dan masih tercicir daripada menerima sebarang bantuan yang dicanangkan kerajaan sebelum ini.

“Dalam keadaan moratorium pinjaman tidak dilanjutkan, pemberhentian pekerja terus berlaku dan arahan SOP mengelirukan, situasi yang menekan ini dikhuatiri mencetuskan pelbagai kesan sosial lain.

“Kita bimbang keruntuhan sosial, rumah tangga dan sistem pendidikan berlaku akibat dari pelaksanaan PKP sebelum ini.

Advertisement

“Rakyat tidak harus dibebankan, lebih-lebih lagi jika tidak disusuli inisiatif baru bagi membantu rakyat menempuh fasa PKP kali ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Adun Maharani itu juga berpandangan, selain menangani pandemik Covid-19 ini kerajaan juga perlu mencari alternatif lain bagi memastikan kestabilan rumah tangga dan kebajikan sosial rakyat.

Ujarnya lagi, gambaran kegagalan kerajaan hari ini dengan memberi kelonggaran kepada golongan tertentu punca wabak Covid-19 meningkat.

Advertisement

“Antara punca adalah arahan tidak jelas dan SOP mengelirukan daripada kerajaan menjadikan angka Covid-19 meningkat.

“Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada rakyat negara ini, namun apa yang berlaku golongan VIP yang sewenangnya melanggar SOP dan tidak dikenakan hukuman setimpal.

“Ia punca rakyat bosan dan muak dengan arahan kerajaan sehingga mereka mengambil langkah sama seperti golongan atasan tersebut,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top