BM | EN | 中文

Tanaman pokok ru inspirasi Pulau Nami, Korea Selatan di Telok Arong Mersing

Tanaman-pokok-ru-inspirasi-Pulau-Nami-Korea-Selatan-di-Telok-Arong-Mersing.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

MERSING, 15 NOV: Tanaman pokok ru di Taman Eko Rimba Teluk Arong, di sini yang berinspirasikan landskap di Pulau Nami, Korea Selatan akan menjadi tarikan baharu pelancongan di negeri ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Salim Aman berkata pihaknya mengambil inspirasi daripada landskap itu memandangkan Pulau Nami sangat terkenal dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.

“Pihak kami memilih pokok ru ditanam di sekitar Taman Eko Rimba bagi memastikannya menjadi tarikan baharu kepada pengunjung. Taman ini masih dalam proses pembangunan dan akan dilengkapi dengan kemudahan awam termasuk tandas.

Advertisement

“Kita turut mencadangkan agar konsep perkhemahan kereta akan dibangunkan di taman berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Penubuhan Taman Eko Rimba Telok Arong oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di sini semalam.

Beliau berkata terdapat empat komponen pembangunan di kawasan tersebut yang dijangka slap dalam tempoh lima tahun iaitu Kompleks Hutan Taman Negeri Arong, trek pendakian Gunung Arong, kawasan restorasi dan Taman Eko Rimba Teluk Arong.

Advertisement

Mengulas lanjut, Salim berkata pusat ekopelancongan itu sekali gus mampu memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Hasni berkata selain sektor pelancongan, sebuah pusat pengajian tinggi berasaskan bidang marin juga berpotensi untuk dibangunkan di daerah itu.

“Saya bersama-sama Pegawai Daerah Mersing (Mohd Radzi Mohd Amin) telah berbincang mengenal pusat pengajian tinggi ini (pembangunan).
“la akan menyerlahkan lagi khazanah negeri ini sekali gus meningkatkan pembangunan (ekonomi) setempat,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top