BM | EN | 中文

TANAM BAKAU ELAK HAKISAN PANTAI

bakau.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 13 DIS : Hakisan di kawasan pantai sering berlaku disebabkan kekurangan pokok bakau di kawasan itu.

Berikutan itu, Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim sangat menggalakkan semua pihak menanam semula pokok bakau sebagai langkah mengatasi masalah berkenaan.

“Ramai yang mengeluh dengan keadaan ini sehinggakan ada yang telah membuat aduan berkenaan dengan kerosakkan tanaman dan sebagainya akibat dari hakisan tersebut.

Advertisement

“Usaha ini boleh dianggap usaha memulihkan semula ekosistem pantai yang sebelum ini terbiar dan kerosakkan berlaku sehingga banyak pokok bakau yang mati.

“Seperti yang kita ketahui, bakau merupakan penahan yang mampan untuk kawasan pinggir pantai dan ia sekaligus mampu mengurangkan hakisan tanah tepi pantai serta kenaikan paras air laut dari berlaku,” katanya kepada JohorKini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan program penanaman pokok bakau di Tanjung Laboh, di sini, baru-baru ini.

Advertisement

Usaha tersebut turut disambut oleh Falulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) yang sama-sama mengambil bahagian kaji selidik tentang kaedah terbaik yang bersesuaian menanam pokok bakau di pinggir pantai.

Khairuddin yang juga Pengerusi Penganjur Bersama Program Penanaman Bakau dengan Kelab Lions Batu Pahat berkata, program seumpama itu wajar diteruskan lagi di masa akan datang.

“Pembabitan ramai pihak berkenaan dengan usaha amat digalakkan bagi tujuan untuk memupuk kesedaran terhadap orang ramai peri penting akan hal tersebut.

Advertisement

“Selain ia sebagai penahan pantai, bakau juga mampu menjadi tempat pembiakan ikan dan haiwan yang lain di kawasan tersebut.

“Kita kena kembali membaik pulihkan alam semula jadi agar ia tidak terus rosak angkara tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mencadangkan agar perkara ini dapat dilakukan di semua tempat yang mempunyai masalah yang sama seperti di Batu Pahat ini,” katanya  yang memberitahu program sama akan dilaksanakan lagi di tempat sama pada 20 Disember depan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top