BM | EN | 中文

Tanah terbiar di Johor boleh diusahakan untuk pertanian

Azam-Razak-Mersing.jpg

MERSING, 19 OGOS: Kerajaan Johor disarankan untuk mengadakan program pembangunan tanah terbiar sebagai pusat pertanian untuk manfaat penduduk setempat.

Mengulas perkara itu, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Mersing, Azam Razak berkata usaha tersebut dapat dilihat boleh membantu ekonomi penduduk setempat selain turut mendatangkan hasil yang baik kepada negeri.

Katanya, selain mendapatkan keuntungan ia turut membuka ruang dan peluang kepada peningkatan ekonomi penduduk di kawasan yang terdapat tanah-tanah terbiar.

“Kerajaan Johor perlu wujudkan kerjasama yang baik dengan agensi dan jabatan di bawah kerajaan pusat untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di negeri ini untuk diusahakan.

“Terdapat lambakan tanah terbiar milik kerajaan Johor yang hanya menjadi lalang dan semak samun tanpa diusahakan dan ia amat merugikan.

“Selain itu, bantuan, subsidi dan geran juga boleh diusahakan oleh kerajaan kepada pengusaha kerana ia akan mendatangkan hasil yang baik kepada negeri dan sekaligus ia juga mampu membantu menjana ekonomi penduduk setempat.

“Barang makanan seperti pertanian pastinya mudah dicari dan bantuan kerajaan dari segi pemasaran boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut menyentuh persoalan berkenaan pertanian yang kini menjadi alternatif bagi menjana ekonomi dalam situasi pasca Covid-19.

“Kita maklum bahawa terdapat banyak pihak yang kini mulai hilang punca pendapatan.

“Alternatif yang ada adalah dengan mengusahakan bidang pertanian.

“Amanah Mersing hari ini sedang giat mengusahakan bidang pertanian dengan mencari serta memberi ruang kepada mereka yang mahu serta berminat dalam bidang tersebut.

“Selain itu, kami juga sedang mengadakan hubungan dengan beberapa pertubuhan dan agensi yang mengusahakan bidang pertanian ini bagi memudahkan cara untuk pengusaha baru dan muda dalam mengusahakan bidang tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top