BM | EN | 中文

Tanah runtuh di Bukit Pelali Pengerang, tiada mangsa terlibat

tanah-runtuh-kota-tinggi.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 JAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan terjadi semalam di sebuah kawasan perumahan di Bukit Pelali, Pengerang di daerah ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.40 pagi semalam mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

“Setibanya mereka, didapati terdapat runtuhan tanah di situ dianggarkan ketinggian kira-kira 50 meter, melibatkan dua buah rumah yang masih belum diduduki. Alhamdulillah, tiada mangsa yang terlibat,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Al Hasra dilaporkan Bernama sebagai berkata, pihaknya kemudiannya membuat penanda untuk melihat pergerakan tanah, selain memasang sawar-sawar untuk memastikan tiada orang luar dapat memasuki kawasan runtuhan itu.

Beliau berkata runtuhan itu dipercayai disebabkan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak 1 Jan lepas.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top