BM | EN | 中文

TANAH RIZAB MELAYU BUKAN ‘SECOND CLASS’

gmbr-fail-mb-johor-sahruddin-jamal-3.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS: “Kajian awal perlu dimulakan bagi memastikan tanah-tanah Rizab Melayu tidak disifatkan sebagai second class” kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Menurut Sahruddin, data berkaitan keluasan tanah Rizab Melayu dengan keluasan negeri sering dibangkitkan dalam persidangan dewan.

“Namun, soalan lebih penting ialah sejauh mana tanah Rizab Melayu dapat meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu lebih utama untuk ditumpukan berbanding soal keluasan.

Advertisement

“Sudah semestinya kerajaan negeri memberi tumpuan meningkatkan keluasan tanah Rizab Melayu.

“Namun, membangunkan tanah Rizab Melayu lebih penting untuk ditumpukan

bagi memastikan ianya tidak akan mengekang potensi pembangunan tanah-tanah Rizab Melayu”

Advertisement

“Tambahan lagi, kos pembangunan adalah sama tanpa mengira status tanah tersebut adalah Rizab Melayu atau sebaliknya” katanya dalam Ucapan Penggulungan Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Tambah Sahruddin lagi, kerajaan negeri memastikan segala permohonan penggantian tanah Rizab Melayu hanya akan dipertimbangkan sekiranya tanah-tanah terlibat dengan penggantian ini memenuhi elemen ‘similar charactar’.

“Nilaian tanah-tanah Rizab Melayu tidak seharusnya menjadi rendah kerana statusnya itu sendiri.

Advertisement

“Sebaliknya, ia mempunyai nilai tambah (value added) yang diiktiraf sekali gus dapat meningkatkan pembangunan ekonomi orang-orang Melayu,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top