BM | EN | 中文

Tanah mendap, kereta api penumpang ke JB Sentral tergendala

Tanah-Mendap-JB-Sentral.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS: Perkhidmatan kereta api dengan 24 penumpang dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru (JB) Sentral tergendala akibat mendapan tanah di landasan kereta api berhampiran Kempas dekat sini, malam tadi.

Kejadian mendapan di KM753 itu berlaku di kawasan berhampiran tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) dan dipercayai ekoran hujan lebat petang semalam yang menjejaskan perjalanan tren di antara Stesen Gemas dan Stesen Johor Bahru Sentral.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin berkata berikutan kejadian itu, tren tersebut terpaksa dihentikan sebelum kawasan kejadian.

Advertisement

“Semua penumpang telah dipindahkan dengan bas bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral.

“Ketika ini, perkhidmatan tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Bahru dan para penumpang akan disediakan kenderaan perantaraan bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral dan sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mohd Rani Hisham berkata kerja-kerja pemulihan trek sedang giat dijalankan di kawasan terbabit.

Advertisement

Pihak KTMB memohon maaf kepada penumpang yang terlibat dalam kejadian itu dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 8.30 malam.

Kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan, katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top