BM | EN | 中文

Tambang RTS takkan mahal – Wee

Projek-RTS-Johor-Singapura.png

Gambar Ehsan Evolusi Bina

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUL: Kerajaan akan memastikan harga tambang bagi Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia di sini tidak akan mahal, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan kepentingan rakyat apabila membuat keputusan mengenai harga tambang RTS yang dijadualkan siap pada 2026 itu.

“Berapa pun jumlahnya, kami akan memutuskan harga yang sama mengikut mata wang masing-masing dan perkara ini akan diumumkan sebelum (RTS mula) beroperasi.

Advertisement

“Ia tidak akan mahal. Kami harus mempertimbangkan kumpulan B40 dan mereka yang menaiki pengangkutan ini setiap hari,” katanya pada sidang akhbar mengenai persetujuan meneruskan projek RTS itu di sini hari ini.

Menjawab satu soalan, Wee menafikan bahawa tambang akan ditetapkan pada harga SG10.

“Kami perlu menjaga kepentingan rakyat, angka anda tidak benar, itu sahaja yang dapat saya sahkan,” katanya.

Advertisement

Ketika ditanya sekiranya keadaan ekonomi semasa akan menyebabkan peningkatan kos atau kelewatan, Wee berkata beliau yakin projek itu akan berjalan mengikut jadual.

“Projek ini adalah projek mendesak melihat kepada kesesakan di Tambak Johor, namun kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan pelaksanaan dan empat tahun pertama adalah untuk kerja-kerja infrastruktur awam dan tahun seterusnya adalah untuk sistemnya.

“Jadi, ia akan mengikut jadual dan dapat beroperasi pada penghujung 2026,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top