BM | EN | 中文

TAMBAHAN 150 LAMPU LED BAKAL TERANGI JALAN KLUANG – BATU PAHAT

wong-shu-qi-lampu-led-jalan-kluang-batu-pahat.jpg
Advertisement

KLUANG, 13 SEPT: Sebanyak 150 unit lampu tambahan jenis diod pemancar cahaya (LED) bakal dipasang di Jalan Persekutuan FT50 Kluang – Ayer Hitam – Batu Pahat.

Menurut Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, inisiatif tersebut dilakukan pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kluang (MPK) melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengatasi masalah kemalangan maut di sepanjang jalan tersebut.

Justeru itu Wong berkata, daripada peruntukan itu, dua fasa penambahbaikkan akan dijalankan di sekitar jalan berkenaan.

Advertisement

“Pihak kami telah mengambil inisiatif untuk memohon peruntukan sebanyak RM500,000 daripada KPKT.

“Sebanyak 150 tiang lampu LED akan dipasang bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalanraya dapat ditingkatkan terutamanya di waktu malam.

“Kerja-kerja memasang lampu LED akan dipasang sekitar Taman Saujana Kluang dan keutamaan akan diberikan kepada kawasan lencongan yang merbahaya dan sering berlaku kemalangan maut,” katanya dalam satu kiriman yang dimuatnaik di Facebook semalam.

Advertisement

Berdasarkan statistik laporan kemalangan maut di Malaysia, Jalan Persekutuan Kluang-Ayer Hitam-Batu Pahat mencatatkan rekod kedua tertinggi di negara dan tertinggi di negeri Johor.

Tambahnya, fasa kedua penambahbaikkan Jalan FT50 akan melibatkan laluan dari Ayer Hitam ke Taman Sri Lalang dan perlaksanaan projek berkenaan akan bermula pada tahun hadapan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top