BM | EN | 中文

TAMBAH NILAI KEMAHIRAN LAIN, TINGKATKAN PROSPEK KEBOLEHPASARAN DIRI

sahruddin-Jamal-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 OKT: Johor sudah bersedia menggunakan latihan teknikal dan vokasional sebagai platform untuk meningkatkan tenaga mahir sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara maju.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, rakyat turut digesa untuk menambah nilai kemahiran lain bagi meningkatkan prospek kebolehpasaran diri.

Katanya, bagi memacu perubahan pada hari ini, strategi yang komprehensif amat diperlukan terutamanya untuk mendepani revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan cabaran kehendak global.

Advertisement

“Ini termasuklah hubungan baik tiga hala dalam pembangunan modal insan dimana yang melibatkan hubungan antara kerajaan, pihak industri (bahagian permintaan) dan pihak institusi pendidikan (bahagian penawaran).

“Justeru, semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu dalam membekalkan maklumat serta ilmu bagi membantu modal insan kita lebih bersedia terhadap keperluan masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis perasmian penutup program Sinergi Industri 2019 di Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan.

Dr Sahruddin berkata, strategi lain termasuklah untuk memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), dimana pihak industri digalakkan untuk lebih aktif dengan membuka ruang kepada individu yang berbakat untuk ceburi diri dalam bidang ini.

“Pendidikan adalah instrumen yang sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan potensi rakyat dalam bidang kemahiran menerusi pelbagai program latihan jangka pendek dan panjang,” katanya.

Advertisement

Beliau turut berkata modal insan merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahanya, di tingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya.

“Johor juga komited dalam meningkatkan tahap keupayaan dan kemahiran bakat-bakatnya kerana ini bagi memperkasakan pengurusan modal insan dan bakat anak Johor kearah yang lebih mampan dan realistik.

“Menerusi inisiatif yang telah dijalankan pada tahun ini, lebih 5,000 orang telah mendapat manfaat menerusi program Jelajah TVET Johor, karnival kerjaya Johor Bestari dan juga Johor upskilling dan reskilling,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top