BM | EN | 中文

TAMBAH LORONG PLUS AYER HITAM – JOHOR BAHRU TIADA DALAM PERJANJIAN KONSESI

Gmbr-fail-solihan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Kerajaan belum mempunyai rancangan untuk menambah lorong atau membesarkan laluan projek lebuhraya utara selatan (PLUS) bagi laluan di antara Ayer Hitam ke Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri menjelaskan, ini kerana projek lebuhraya Utara Selatan dirancang dan dibina berdasarkan perjanjian konsesi.

“Pembinaan lorong tambahan atau pembesaran lebuhraya dari Ayer Hitam ke Johor Baharu tiada di dalam peruntukan Perjanjian Konsesi.

Advertisement

“Oleh itu, pihak kerajaan perlu membiayai sepenuhnya kos pembinaan serta mengambilkira kos operasi dan penyelenggaraan bagi cadangan pertambahan lorong atau pembesaran lebuhraya tersebut,” kata Solihan semasa perbahasan Belanjawan Johor 2020 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada Chen Kah Eng (PH-Stulang) berhubung sama ada kerajaan Johor telah mengemukakan cadangan bagi pembesaran lebuhraya PLUS di kawasan Johor yang semakin sesak.

“Buat masa ini, masih belum ada cadangan pertambahan lorong atau pembesaran lebuhraya di Lebuharaya Utara Selatan di samping hala tuju Lebuhraya Tol di Malaysia masih belum diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan,” kata Solihan.

Advertisement

Pada soalan lain Solihan berkata, pihak PLUS bertanggungjawab menyelenggara turapan dan perabot jalan bagi Medium Term Link, Bangunan Sultan Iskandar dan Tambak Johor yang bermula dari KM 0 sehingga KM 0.7.

“Terdapat dua buah pembentung yang melintasi di bawah Tambak Johor yang bersaiz 1.8 meter (diameter) di KM 0.3 dan KM 0.35 yang diselenggarakan pihak PLUS dalam keadaan baik.

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan secara berkala setiap tiga bulan.

Advertisement

“Pihak PLUS sentiasa memantau keadaan pembentung-pembentung tersebut agar tidak tersumbat dan memastikan kelancaran air secara berterusan dari semasa ke semasa,” kata Solihan.

Terdahulu, Chen Kah Eng (PH-Stulang) dalam soalannya memohon maklumat kemaskini status ‘culvert’ yang berada di bawah Tambak Johor yang menjadi laluan air dari kedua-kedua belah Tambak Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top