BM | EN | 中文

Tamatkan elaun empat bulan lebih awal tindakan tak berperikemanusiaan – Gabungan Persatuan Ketua Kampung Johor

GPKKJ-1.png

MUAR, 10 SEPT: Keputusan kerajaan menamatkan pembayaran elaun empat bulan lebih awal dari tarikh tamat kontrak adalah amat tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan.

Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Negeri Johor (GPKKJ), Lt Kol (B) Ismail Suarno berkata, langkah yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah tidak patut sama sekali.

Ismail berkata, kerajaan sewajarnya menghargai semua ketua kampung yang selama ini bertindak sebagai antara ‘frontliners’ (barisan hadapan) di dalam membantu penduduk kampung ketika pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“…bukan dengan mengambil tindakan yang sungguh tidak berperikemanusiaan dengan menamatkan elaun Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Kampung oleh KPLB.

“Yang memang sudah sedia ada ini (elaun) terlalu sedikit,” kata Ismail dalam satu kenyataan.

Ismail yang juga Ketua Kampung Serom 8, Tangkak menjelaskan, penamatan bayaran elaun pengerusi MPKK dibuat lebih awal, iaitu mulai 1 Ogos 2020.

Sedangkan, kontrak perkhidmatan mereka masih ada sehingga 31 Disember 2020.

Tambah beliau, kerajaan boleh terus melantik Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan menamatkan MPKK itu sendiri.

“Namun mereka bertindak menghukum ketua-ketua kampung dengan pembayaran elaun kurang dari separuh jumlah elaun yang asal,” kata Ismail.

Beliau menambah, pihaknya sedia maklum bahawa pengerusi MPKK atau ketua kampung sebelum ini adalah lantikan kerajaan terdahulu.

Namun, mereka sewajarnya meneruskan khidmat, malah dengan elaun tambahan selari bebanan tugas ditanggung kesan perlaksanaan PKP dan PKP Pemulihan.

Tambahnya, tugas itu dilaksanakan berseorangan tanpa bantuan ahli jawatankuasa MPKK yang tidak diketahui statusnya.

Justeru, beliau sebagai Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor merayu kepada kerajaan Malaysia agar dapat mempertimbang untuk menangguhkan dahulu keputusan penamatan pembayaran elaun MPKK.

“Sekurang-kurangnya sehingga tamat kontrak perkhidmatan pengerusi MPKK sedia ada ini pada 31 Disember 2020.,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top