BM | EN | 中文

Taman rekreasi di perumahan sekitar Kluang tak dipantau sembilan bulan – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 14 DIS: Adun Mengkibol Chew Chong Sin, berkata berlaku kerosakan kemudahan-kemudahan di taman-taman rekreasi di beberapa taman kediaman di Kluang akibat tidak dipantau selama sembilan bulan.

Chong Sin dalam satu kenyataan berkata, ini kerana ketiadaan ahli majlis bagi menjalankan kerja pemantauan di kawasan berkenaan selepas kerajaan bertukar Mac lalu.

“Sebenarnya, pemantauan terhadap kerja penyelenggaraan taman-taman rekreasi merupakan tugas dan tanggungjawab seorang ahli majlis untuk memastikan kerja tersebut dijalankan oleh kerajaan tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” kata Chew dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau menjelaskan tidak ada ahli majlis menjalankan kerja pemantauan terhadap banyak taman rekreasi yang menghadapi isu kerosakan dalam sembilan bulan yang lalu.

“Oleh itu kerja-kerja penyelarasan terpaksa diambil oleh pejabat Adun Mengkibol walaupun skop tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah lebih kepada penggubalan undang-undang dan polisi peringkat negeri,” katanya.

Beliau menegaskan keadaan yang berlaku menunjukkan PBT dan ahli-ahli majlis perlu dipilih rakyat melalui pilihanraya bukan melalui lantikan politik demi memastikan komitmen mereka untuk rakyat sepanjang tempoh perkhidmatan.

Advertisement

Tambahnya lagi, banyak permohonan kerja penyelenggaraan terhadap kerosakan kemudahan rekreasi seperti peralatan permainan dan permaidani getah mereput selain kerosakan paviliun di Taman Delima, Taman Delima 2, Taman Sri Kluang dan Kg. Sri Lalang.

Dalam pada itu Chong Sin berkata, terdapat tanah terbiar lebih 20 tahun di Taman Titiwangsa, Kluang diminta oleh penghuni agar dijadikan taman hutan yang baharu.

“Penghuni-penghuni di kampung Baru Yap Tau Sah juga meminta untuk dibina sebuah taman rekreasi baharu, dan aduan diterima berkenaan naiktaraf kemudahan senaman di Gunung Lambak,” tambahnya.

Advertisement

Chong Sin berkata maklumat berkenaan kerosakan kemudahan di taman rekreasi tersebut telah dikemaskini, dikumpul ahli pasukan Pejabat Adun Mengkibol dan akan diajukan kepada YDP MPK.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top