BM | EN | 中文

Taman Persahabatan Selangor-Jepun rancak industri pelancongan

Taman-Persahabatan-Selangor-Jepun.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 13 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mahu menjadikan Taman Persahabatan Selangor-Jepun sebagai destinasi wajib dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata kerjasama akan dijalin dengan badan pelancongan untuk mempromosikan taman berkeluasan 2.428 hektar yang mengandungi elemen seni bina dan budaya Jepun berkenaan.

“Sebelum pandemik Covid-19 melanda, lebih 100,000 pelancong dengan majoritinya dari Jepun berkunjung ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Advertisement

“Justeru, memandangkan taman ini terletak berhampiran masjid berkenaan, kita yakin mereka (pelancong) akan turut berkunjung ke sini sekali gus merancakkan industri pelancongan di Shah Alam khususnya dan Selangor amnya,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pembukaan taman tersebut di Taman Tasik Alam di sini semalam yang turut dihadiri Setiausaha Ketiga Kedutaan Jepun di Malaysia, Iwa Iwari.

Sementara itu, Haris berkata pihaknya bercadang untuk menganjurkan persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor di taman terbabit pada setiap minggu bagi menyemarak aktiviti seni serta budaya.

Advertisement

“Kita sedang atur program ini dengan kerjasama alumni dan pelajar Selangor yang sebelum ini menuntut pengajian di Jepun.

“Sekurang-kurangnya pengunjung yang datang bukan sahaja boleh melihat seni bina unik di sini malah berpeluang menikmati hiburan kesenian masyarakat Selangor dan Jepun,” katanya lagi.

Taman persahabatan ini mempunyai seni bina seperti Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (besen batu), laman refleksologi dan lemen teres.

Advertisement

Menampilkan ciri unik dengan dikelilingi pagar keselamatan berkonsepkan buluh, taman ini dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 7 petang secara percuma.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top