BM | EN | 中文

Taman Eco Rimba, Gunung Pulai diberi notis perintah tutup kerana kencing tikus

taman-eco-rimba-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 FEB : Taman Eco Rimba, Gunung Pulai diberi notis perintah tutup semalam selepas pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulai mengesan kes leptospirosis atau kencing tikus di kawasan rekreasi tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu dalam satu kenyataan mengesahkan maklumat berkenaan notis berkenaan di mana tindakan tersebut merupakan tindakan di bawah Seksyen 18 (1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Penutupan premis adalah ekoran dari kejadian beberapa kes leptospirosis yang dikaitkan dengan penggunaan premis tersebut.

Advertisement

“Perintah tutup adalah bagi tujuan tuan premis menjalankan kerja-kerja kebersihan agar kawasan tersebut selamat bagi pengunjung yang akan menggunakan premis tersebut.

“Pihak jabatan ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan perkhidmatan rekreasi di sekitar premis tersebut, sementara tugas-tugas pembersihan dilakukan,”katanya, hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk membilas badan dengan air paip setiap kali mereka mandi di dalam air terjun di kawasan tersebut.

Advertisement

Jelasnya, penjagaan kebersihan persekitaran juga perlu diutamakan agar tidak mengundang haiwan perosak seperti tikus dan lain-lain haiwan yang mendedahkan pengunjung kepada risiko leptospirosis.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top