BM | EN | 中文

Taman Bukit Layang-layang Pasir Gudang bakal dinaiktaraf jadi taman awam

Taman-Bukit-Layang-layang-Pasir-Gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 15 MAC: Taman Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang, di sini akan dinaik taraf menjadi Taman Awam kedua dalam negara selepas Taman Awam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Taman Bukit Layang-Layang mempunyai potensi cukup besar yang mempunyai nilai tambah iaitu muzim layang-layang, pertama seumpamanya dalam negara.

Katanya, langkah tersebut adalah selaras dengan aspirasi kementerian supaya setiap negeri mempunyai Taman Awam sendiri.

Advertisement

“Kementerian bersetuju menaik taraf Taman Bukit Layang-Layang Pasir Gudang menjadi Taman Awam kedua di negara ini berikutan keunikan dan potensi pelancongannya.

“Kementerian juga mahu setiap negeri sekurang-kurangnya mempunyai sebuah Taman Awam menjelang 2030, bertepatan dengan aspirasi kementerian,” katanya, lapor Utusan Online.

Terdahulu Zuraida meninjau PPR Sungai Melana Fasa II yang sudah siap pembinaannya semalam.

Advertisement

Hadir sama Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdahulu, beliau meninjau Taman Bukit Layang-Layang dan tapak penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu, kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM2.45 juta kepada MBPG bagi tujuan menjalankan kerja-kerja menaik taraf di kawasan berkenaan.

Advertisement

“Ia melibatkan kerja membina dan membaik pulih gerai makan dan tapak penjaja di Jalan Meranti 5, Taman Rinting, Jalan Persiaran Scientex dan Taman Scientex.

“Peruntukan itu juga digunakan bagi kerja membina dan baik pulih tapak penjaja di Jalan Sena 10, Jalan Sena dan Taman Air Biru selain kerja membaiki cerun runtuh di Kampung Sentosa Barat, DUN Tiram, Parlimen Tebrau dan Pasir Gudang, ” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top