BM | EN | 中文

Takziah buat keluarga petugas KKM korban Covid 19 – AWAN Johor

Allahyarhamah-Nadila-Rahmat-Covid-19.png

Allahyarhamah Nadila Rahmat

Advertisement

MUAR, 25 APR: Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Johor merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok berkata, pihaknya merasa kehibaan yang mendalam apatah lagi dalam suasana umat Islam menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan AWAN merakamkan rasa dukacita yang tinggi di atas kematian tersebut.

Advertisement

“Kami berdoa Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan yang tinggi kepada seluruh ahli keluarganya.

“Semoga Allah melindungi barisan hadapan serta seluruh rakyat di negara ini dari ancaman wabak Covid-19 ini,” kata Nor Hayati yang juga Adun Maharani.

Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dalam kiriman di laman Facebook menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nadila Rahmat, staff nurse di HPSF yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 23 April lalu.

Advertisement

Allahyarhamah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor dan menjadi petugas kesihatan kedua menjadi korban akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Melalui Pengarah Horpital HPSF, pihaknya berharap agar pihak keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan doa kepada Allahyarhamah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Terdahulu, Pengarah KKM Dr Noor Hisham berkata, petugas kesihatan itu merupakan kes kematian ke-94 (kes ke-3,871) merupakan wanita berumur 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau merupakan anggota perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-3,662 yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top