BM | EN | 中文

Taksub Punca Leburnya Kekuatan

IMG-20200106-WA0003.jpg
Advertisement

Sikap taksub atau fanatik adalah suatu ciri yang wujud dalam diri manusia sejak zaman berzaman. Ia bermaksud sikap yang keterlaluan atau melampau dalam suatu pegangan atau pendirian. Kata lawan baginya ialah toleransi.

Taksub berlaku dalam pelbagai perkara termasuklah hal berkaitan agama dan politik. Penyakit ini mula berlaku dalam sejarah Islam menurut Yusuf al-Qaradhawi apabila wujudnya kelompok Khawarij.

Jika disingkap lebih awal lagi, tragedi penghapusan bangsa (genosid) pertama kali terjadi pada tahun 146SM juga akibat daripada sikap taksub.
Kerajaan Rom terpengaruh dengan idea Cato The Elder untuk menghapuskan tamadun Carthage sedangkan Rom telah pun mengalahkan tamadun ini. Akibatnya 150,000 penduduk Carthage dibunuh dan sebahagian lain dijual sebagai hamba.

Advertisement

Pada tahun 1973, kelompok serpihan Yahudi bernama Sicarii atas sikap yang sama sanggup membunuh Yahudi lain kerana dianggap bersekongkol dengan Rom.

Khawarij juga telah mengambil tindakan keras seperti dalam contoh lain sebelumnya apabila menyembelih dan merobek perut wanita Muslim yang mengandung.

Kelompok Kristian bergelar Cathari di Perancis juga mengalami nasib yang sama apabila mereka dibunuh beramai-ramai di Beziers pada 1209 kerana dianggap menyimpang.

Advertisement

Bermula dengan hanya merasakan pandangannya sahaja yang benar, ia menjadi lebih bahaya apabila ‘mewajibkan’ orang lain menerima pandangannya. Tambah berbahaya apabila selanjutnya mereka bertindak keras dan memaksa.
Sikap taksub begini menutup perbezaan pandangan dengan merasakan hanya diri atau kelompok mereka sahaja yang betul.
Sesiapa yang tidak bersama mereka adalah salah, jahil dan bodoh. Malah, pelbagai tohmahan lain diberikan sehingga kemuncaknya menghalalkan darah saudara seagama dan sebangsa.
Kita harus berhati-hati daripada terjerumus dalam sikap taksub ini seawal dari pendidikan di rumah. Anak-anak harus dididik untuk bertoleransi dan meraikan perbezaan pendapat sejak awal lagi.
Ia amat penting sebelum mereka terdedah dengan dunia luar yang penuh dugaan. Apabila memasuki alam persekolahan, bermulalah bertemu dengan kenalan baharu dengan latarbelakang berbeza. Sudah tentu timbul beberapa salah faham mahupun perbezaan pendapat.
Proses ini akan terjadi dalam situasi yang lebih rumit apabila mereka meningkat dewasa. Tidak kiralah kelak mereka bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta, perkara sama terjadi lagi.
Ia semakin mencabar apabila melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sosial atau politik kepartian. Terkadang pengikut lebih taksub kepada pemimpin seolah-olah ia maksum.
Sekiranya semangat toleransi dan menghormati pandangan orang lain wujud sejak awal lagi, kesatuan adalah perkara yang mudah dicapai.
Itulah kekuatan yang ada pada mana-mana tamadun di dunia saat mereka mencapai kemuncak era kegemilangan masing-masing. Hanya apabila menular sikap taksub, maka leburlah kekuatan yang terbina.

Seharusnya mana-mana organisasi atau kelompok memikirkan kepentingan yang lebih besar khususnya melibatkan masyarakat dan negara berbanding hanya organisasi atau kelompok sendiri.

Contoh yang ditunjukkan Ibnu Taimiyyah apabila membiarkan tentera Tartar meminum arak sedangkan ia adalah haram di sisi Islam seharusnya membuatkan kita berfikir. Kala itu kerajaan Tartar Ilkhanate sudah memeluk agama Islam.

Advertisement

Alasannya ialah dengan membiarkan mereka kekal mabuk, mudarat lebih besar iaitu perbuatan membunuh dan merampas harta orang lain dapat dihindari.

Pengamalan Islam mereka masih belum utuh kerana masih terikut-ikut dengan undang-undang al-Yasiq atau dikenali sebagai “Yassa Gengizcani.”

Undang-undang ini dicipta Genghis Khan dengan pengaruh daripada pelbagai agama termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

Advertisement

Bukankah lebih mudah jika hanya dibunuh sahaja tentera Tartar itu? Tetapi mengapa dalam hal ini Ibnu Taimiyyah tidak mengarahkan berbuat sedemikian? Fikir-fikirkanlah.

Kini di Malaysia, kesatuan sesama masyarakat amat penting dipelihara. Sikap taksub atas dasar perkauman dan politik kepartian perlu dielakkan.

Ayuh kita memikirkan tentang kepentingan yang lebih besar iaitu kesejahteraan negara dan keharmonian hidup masyarakat majmuk.

Advertisement

Dialog dan perbincangan yang matang mampu membudayakan aliran sederhana atau toleransi yang positif kepada masyarakat. Para pemimpinlah ikutan masyarakat. Justeru, awasi tindak tanduk masing-masing agar negara kita kekal aman dan damai.

RUJUKAN
1) https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjP1N_IqbXmAhWBF3IKHYAcBzQQFjAAegQIARAC&url=https%3A%2F%2Fejournal.um.edu.my%2Findex.php%2FJUD%2Farticle%2Fdownload%2F4086%2F1954%2F&usg=AOvVaw0aKDkjq_3DsqmYbzXjJXU0
2) https://www.historyextra.com/period/roman/extremism-history-examples-explained-definition-facts-prevent-right-wing-religious/
3) http://www.fsmitha.com/h3/mongols-sup.htm

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top