BM | EN | 中文

Tak wajar kompaun RM4,000 keatas tujuh remaja di Parit Sulong

Mohd-Faizal-Dolah.jpg

Mohd Faizal Dolah

Advertisement

BATU PAHAT, 25 MEI: Parti Amanah Negara (AMANAH) Parit Sulong kesal dengan tindakan kompaun sebanyak RM 4000 kepada tujuh orang remaja yang didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.

Ketua AMANAH Parit Sulong, Mohd Faizal Dolah berkata, keputusan itu tidak wajar kerana jumlah kompaun yang besar, ketika kebanyakan keluarga berdepan keadaan ekonomi yang mencabar.

“Remaja tersebut yang masih muda tidak wajar diambil tindakan sebegitu apatah lagi

Advertisement

“Saya merujuk kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), kategori kesalahan terbahagi kepada tinggi, sederhana dan normal.”

“Dalam maklumat yang kami terima remaja-remaja tersebut hanya melakukan kesalahan kategori ketiga membabitkan kesalahan ringan sahaja yakni nilai kompaun sebanyak RM1,500 setiap orang.

“Untuk kompaun bagi RM4,000 adalah di bawah kesalahan yang berkaitan dengan kawasan PKPD seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Advertisement

“Ini bercanggah dengan apa yang dilakukan remaja berkenaan dengan kompaun RM4,000 setiap seorang akibat pelanggaran SOP,” jelasnya kepada media.

Selain itu kenyataan kerajaan berhubung Garis Panduan Penetapan dan Pengurangan Nilai Kompaun akan dirujuk.

Beliau memaklumkan, akan membuat rayuan di pejabat kesihatan daerah, membantu kumpulan remaja melalui khidmat guaman sekiranya perlu, mendapatkan diskaun atau menyemak semula kompaun yang dikenakan.

Advertisement

“Pihak kami akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara tersebut dengan pejabat kesihatan.

“Kita ingin memaklumkan kepada pihak pejabat kesihatan atau KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kompaun ini tidak wajar dikenakan dengan jumlah yang ditetapkan.

“Kita mahu ketelusan dalam menjalankan kerja, bukan emosi sehingga dilihat tidak adil oleh sesetengah pihak.

Advertisement

“Saya sentiasa melihat anak muda adalah pemimpin masa hadapan. Apa yang kita lakukan kepada mereka hari ini, boleh menjadi cerminan untuk mereka di hari kemudian,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top