BM | EN | 中文

Tak tergambar kegembiraan-penerima undian RMBJ

Muhammad-Adi-Asraf-Abdullah.jpg

Muhammad Adi Asraf Abdullah

Advertisement

KULAI, 19 JAN : “Tak tergambar kegembiraan yang diterima hari ini,” luah salah seorang penerima dari undian Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) di Taman Scientex Kulai 2, di sini, semalam, Muhammad Adi Asraf Abdullah.

Menurut Muhammad Adi Asraf, usaha beliau untuk mencari dan mendapatkan kediaman yang diidamkan akhirnya tercapai dengan pemilihan namanya sebagai penerima RMBJ kategori C yang berharga RM150,0000.

Katanya, sebelum ini usahanya selama lapan tahun untuk mendapatkan RMBJ tidak pernah membuahkan hasil, namun hari ini ianya menjadi kenyataan.

Advertisement

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana mencapaikan usaha dan cita-cita saya untuk mendapatkan rumah sendiri.

“Kalau diikutkan harga rumah di pasaran memang tinggi dan saya tidak mampu untuk memilikinya, jadi apa yang mampu hanyalah memohon RMBJ seperti ini.

“Apa yang berlaku hari ini adalah pemangkin untuk saya meneruskan lagi hidup berkeluarga serta mampu melindungi orang tersayang,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga bapa kepada lima orang anak berkata, sistem undian yang dilakukan oleh kerajaan hari ini banyak memberi peluang secara telus kepada rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, Noraishah Senan, 32, turut bersyukur kerana terpilih dalam undian RMBJ di taman yang sama.

Noraishah Senan

“RMBJ ini sememangnya sesuai untuk golongan seperti kami memandangkan harga rumah pada pasaran masa kini, tinggi. Justeru apa yang dimohon hari ini menjadi kenyataan kerana impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya terlaksana.

Advertisement

“Harapan saya kerajaan Johor harus perbanyakkan lagi projek seperti RMBJ ini untuk memberi peluang kepada ramai lagi golongan yang memerlukan.

“Sebelum ini saya pernah memohon RMBJ di Kluang namun ianya tidak berjaya diperolehi dan ini cubaan kali kedua untuk mendapatkan RMBJ,” katanya.

Noraishah yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada golongan yang memerlukan rumah di negeri ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top