BM | EN | 中文

Tak tanding PRN Sarawak, Pas hilang taring

Taqiuddin-cheman.jpg
Advertisement

PONTIAN, 10 JUL: Tindakan Pas mengumumkan tidak bertanding di Sarawak pada Pilihanraya Negeri (PRN) negeri itu akan mengecewakan ahlinya sendiri.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman berkata tindakan Pas itu turut mengelirukan ahlinya yang sebelum ini berharap agar keputusan bijak dilakukan pimpinan parti mereka.

“Bagaimana kesungguhan ahli Pas bertungkus lumus di Sarawak bagi memperkenalkan parti tersebut akhirnya terpaksa menggigit jari dengan keputusan itu.

Advertisement

“Dapat dilihat betapa lemahnya pentadbiran Pas sehingga terpaksa mengorbankan sesuatu matlamat demi menjaga kepentingan diri.

“Ahli di bawah hanya dijadikan alat permainan dan perasaan mereka tidak dihiraukan kepimpinan tertinggi Pas,” ujarnya.

Taqiuddin yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Johor turut hairan mengapa Pas mulai kendur dan tunduk kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Advertisement

Katanya, cita-cita Pas untuk melahirkan ‘anak sulung’ hanya menemui jalan buntu selepas keputusan parti itu menarik diri dari PRN Sarawak.

“Penarikan diri Pas sedikit sebanyak akan merencatkan perkembangan parti itu di bumi Sarawak. Apatah lagi umum mengetahui aspirasi dan agenda di antara Pas dan GPS amat jauh berbeza.

“Saya yakin motivasi untuk terus mengembangkan Pas di Sarawak adalah untuk menyebarkan dakwah. Sewajarnya pimpinan Pas menghargai usaha dan kerja buat ahli.

Advertisement

“Mungkin benar juga Pas sudah lembik tengkuk dengan GPS. Jadi lebih baiklah ahli Pas berhijrah ke parti Amanah yang lebih teguh dengan prinsip dan keazaman politik untuk membumikan Islam sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada 2 Julai, Pas melalui Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top