BM | EN | 中文

“Tak sesuai tarikh mula sekolah di pertengahan minggu”

Aminolhuda-Hassan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUL: Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin perlu merombak semula hari mula persekolahan daripada pertengahan minggu kepada awal minggu seperti sebelum ini.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata keputusan itu menyusahkan ramai pihak terutamanya para ibu bapa dalam menguruskan tarikh permulaan persekolahan anak-anak mereka.

“Permulaan sekolah yang jatuh pada hari Rabu adalah tidak munasabah. Mengapa tidak dimulakan pada awal hari minggu seperti Ahad untuk negeri yang cuti pada hari Jumaat, Sabtu dan Isnin bagi negeri yang cuti Sabtu, Ahad.

Advertisement

“Ia pastinya akan menyusahkan pelbagai pihak seperti ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti untuk menghantar anak mereka ke asrama pada hari berkerja selain guru-guru yang terpaksa bersedia pada pertengahan minggu.

“Ia tidak munasabah untuk memulakan sesi persekolahan pada hari Rabu. Beliau seharusnya memikirkan kesan dari tindakan atau arahan yang dikeluarkan serta perbincangan dengan pihak ibu bapa dan guru perlu diadakan,” katanya.

Aminolhuda yang juga mantan Exco Pendidikan Johor berkata, Radzi perlu menimbangkan semula keadaan tersebut agar ia tidak bercanggah dengan serta mengganggu urusan hakiki rakyat di Malaysia.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan Johor menyuarakan keresahan orang ramai tersebut kepada menteri berkenaan.

“Saya ingin mendesak agar kerajaan negeri melalui Exco Pendidikan untuk membawa suara orang ramai ke peringkat kerajaan persekutuan agar ia tidak bercanggah serta menyusahkan rakyat.

“Kerajaan Johor perlu efektif dalam mengendali permasalahan ini kerana ia membabitkan ramai pihak termasuk mental murid yang terpaksa pergi ke sekolah dalam keadaan persediaan yang tidak teratur,” katanya lagi.

Advertisement

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini mengumumkan, persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai ini.

Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Katanya tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Advertisement

Namun keputusan itu dikritik warganet yang kurang berpuas hati dengan tindakan menetapkan tarikh permulaan persekolahan yang jatuhnya pada hari Rabu.

Rata-rata warganet di facebook dalam ruangan komen yang tidak setuju turut menggelarkan Radzi sebagai ‘Menteri Hari Rabu’.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top