BM | EN | 中文

Tak sampai tiga peratus orang bekerja sendiri di Johor daftar SKSPS

PERKESO.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN : Johor mencatatkan negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Sabah jumlah Orang Bekerja Sendiri (OBS) di negara ini iaitu melibatkan seramai 274,400 orang mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed, sehingga kini, hanya 7,745 OBS di Johor, atau kurang daripada tiga peratus daripada mereka yang berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua yang bekerja sendiri supaya mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS untuk perlindungan anda dan keluarga.

Advertisement

“Caruman minimum hanya RM157.20 setahun atau RM13.10 sebulan. Caruman ini berkonsepkan prabayar.

“Ada caruman, ada-lah perlindungan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama anak yatim, ibu tunggal dan penerima faedah PERKESO peringkat kebangsaan di Double Tree, Hotel Hilton, di sini, semalam.

Tambah Mohammed Azman, ada di kalangan penerima faedah yang bekerja sendiri, sama ada sebagai penjaja, peniaga kecil-kecilan dan yang berniaga secara dalam talian.

Advertisement

Katanya, peluasan SKSPS yang pada asalnya hanya kepada pemandu pengangkutan penumpang seperti pemandu bas, teksi dan e-hailing kini turut memberi manfaat kepada 19 lagi sektor tidak formal yang berkuatkuasa 1 Januari 2020.

“Ia sekaligus melayakkan kira-kira 2.8 juta rakyat Malaysia untuk mencarum dalam skim tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top