BM | EN | 中文

“Tak relevan bincang calon TPM, ada dua timbalan Menteri Kesihatan pun tak berfungsi”

Perikatan-Nasional-PN.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 NOV: Gembar-gembur isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) mengundang rasa muak rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengeluh akan nasib yang menimpa mereka.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercerita soal calon yang akan dilantik sebagai TPM.

Ujarnya, rakyat hari ini sedang mengukur kemampuan kabinet yang besar di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak berjaya membendung perebakan wabak Covid 19 di negara ini.

Advertisement

“Tidak relevan menyebut soal TPM ketika ini kerana rakyat muak dan bosan.

Mahadzir Mat Zili

“Apatah lagi Menteri Kesihatan yang mempunyai dua timbalan pun tidak berfungsi dengan baik ketika wabak Covid-19 menyerang dalam gelombang ketiga ini.

“Apa lagi yang dimahukan oleh kerajaan PN ketika ini? Adakah dengan memberikan jawatan ini mampu mengikat sesuatu pihak dari berhenti membuat sebarang sabotaj atau boikot dalam kerajaan?

Advertisement

“Apa yang penting hari ini adalah usaha kerajaan dalam merealisasikan kehendak rakyat yang semakin bimbang dari soal ekonomi, sosial dan kesihatan mereka,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan untuk kerajaan berhenti dari bermain politik dengan menyebut soal lantikan TPM dalam masa yang kritikal ini.

“Ini zaman kritikal untuk rakyat ‘survive’ bukan masa untuk sibuk dalam mengagihkan kuasa atau jawatan. Sekiranya kerajaan tidak mampu memikul beban ini lebih baik Perdana Menteri meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang lain menguruskannya.

Advertisement

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah dengan melantik dua Timbalan Ketua Menteri.

“Namun apa yang berlaku di Sabah hari ini sangat mendukacitakan. Peningkatan Covid-19 berlaku Ketua Menteri dan dua timbalannya tidak muncul menjadi benteng rakyat Sabah.

“Usah hanya sibuk mencatur kuasa. Berhentilah dari berpolitik dan segerakan usaha membantu rakyat yang semakin tertekan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top