BM | EN | 中文

Tak relevan adakan pilihan raya negeri di Johor

DUN-Parlimen-Johor.png
Advertisement

MUAR, 11 MEI: Desas-desus menyatakan kemelut politik di negeri Johor perlu diselesaikan sehingga perlu diadakan pilihanraya negeri (PRN) adalah tidak relevan.

Tangkap layar laporan media kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan PRN di negeri ini.

Katanya, rakyat hari ini memerlukan kepimpinan kukuh dalam mentadbir sesebuah kerajaan bukan yang hanya pandai berkata-kata namun tidak ditunaikan ketika berkuasa.

Advertisement

“PRN pastinya akan menggamatkan keadaan, sedangkan rakyat hari ini memerlukan kepimpinan yang mampu menyelesaikan masalah ekonomi mereka.

“Dalam tempoh rakyat mulai tersepit akibat kekangan hidup, kita tidak harus membuat keputusan yang membelakangkan suara mereka,” kata Mohd Faizul ketika dihubungi.

Awal bulan ini Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed dilaporkan mencadangkan pembubaran DUN Johor bagi diadakan pilihan raya negeri.

Advertisement

Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang meminta rakan gabungan dalam Perikatan Nasional agar tidak memandang enteng keberadaan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Justeru itu kata Mohd Faizul, kerajaan Johor seharusnya memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban hidup rakyat yang mulai tertekan antaranya isu air, elaun khas penjawat awam, Bantuan Prihatin Negara (BPN) dan sebagainya.

Mohd Faizul Mohd Salleh

Tambah beliau, kerajaan hari ini perlu menanggung risiko akibat perbuatan mereka merosakkan sistem demokrasi.

Advertisement

“Mereka (kerajaan) kena tanggung apa yang mereka lakukan. Akibat keinginan melampau kepada kuasa, akhirnya mereka sendiri terjerat dengan apa yang mereka lakukan.

“Hasilnya kestabilan politik tidak dapat dibina. Mereka lebih sibuk dengan agenda politik dan membelakangkan masalah rakyat.

“PRN seperti yang dicadangkan adalah gambaran ketidakupayaan memimpin kerajaan Johor yang ada hari ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top