BM | EN | 中文

“TAK PERLU TUNGGU BOMBA SAMPAI”

kebakaran-terbuka.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 SEPT: Orang ramai diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan tidak perlu menunggu sehingga anggota bomba untuk tiba ke tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, beliau tidak menolak kemungkinan insiden kebakaran di Gelang Patah boleh berulang di kawasan sama mahu pun di tempat lain.

Katanya, ia berdasarkan faktor cuaca panas dan sekiranya berlaku aktiviti pembakaran terbuka melibatkan penduduk sekitar.

Advertisement

“Kawasan sekitar ini juga banyak semak samun yang kering. Saya nasihatkan orang ramai termasuk penduduk di sini supaya sekiranya terlihat kebakaran terus bertindak, jangan tunggu sehingga bomba tiba.

“Harap insiden ini juga dapat menjadi pengajaran kepada penduduk.

“Walaupun bakar sampah di belakang rumah, tetapi bara api itu boleh dibawa angin,” katanya pada sidang media penutupan operasi memadam kebakaran

Advertisement

Sementara itu, kerajaan negeri Johor menyeru perhatian dan kerjasama semua pihak khususnya masyarakat umum untuk menyalurkan sebarang laporan kebakaran terbuka di sekitar anda kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Orang ramai boleh berbuat demikian dengan melaporkan kejadian tersebut di talian 1-800-88-2727 atau langsung menghubungi Talian Kecemasan Am 999.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top