BM | EN | 中文

Tak perlu ragu dengan vaksin COVID-19 – Sultan Johor

sultan-ibrahim-johor.jpg

Gambar FB Sultan Ibrahim

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihati rakyat supaya tidak berasa ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan serta membendung penularan wabak COVID-19.

Sultan Ibrahim bertitah ini kerana baginda sendiri bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan keluarga Diraja Johor sudah menerima suntikan vaksin berkenaan baru-baru ini.

“Saya dan keluarga sudah menerima vaksin dan amat berharap rakyat Johor juga tidak ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin demi menjaga serta melindungi diri serta keluarga masing-masing.

Advertisement

‘Saya dan Permaisuri Johor dalam keadaan yang sihat selepas menerima suntikan vaksin. Alhamdulillah kami juga tiada kesan sampingan,’ titah baginda dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Baginda bertitah di samping perlu mengikut segala nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), pengambilan suntikan vaksin juga penting dalam mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok.

‘Selain melindungi diri, kita juga perlu memikirkan pasukan barisan hadapan, doktor, jururawat dan pasukan perubatan yang sedang bertungkus-Iumus merawat pesakit-pesakit COVID-19.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top