BM | EN | 中文

“Tak perlu perlakukan Salahuddin Ayub macam penjenayah”

Salahuddin-agih-makanan-gelandangan-merdeka-63.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pihak berkuasa menghalang Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam sebuah program sambutan ambang Merdeka kelmarin dilihat tindakan yang tidak wajar.

Adun Perling, Cheo Yee How yang turut bersama dalam program bersama Salahuddin malam itu merasa pelik dengan tindakan diambil oleh pihak berkuasa dan MBJB.

Katanya, pihak berkuasa tidak perlu menghalang seseorang untuk membantu pihak lain seperti menghalau gelandangan dan menghalang pasukan mereka dari membuat kebajikan kepada orang ramai.

Advertisement

“Mereka (MBJB) tidak harus menghalang kami wakil rakyat untuk bertemu serta bersua dengan rakyat. Paling menyedihkan apabila gelandangan dihalau dan disekat untuk mengambil sumbangan dari pihak kami.

“Ini perkara yang tidak patut dilakukan. Sekiranya ada pengaruh politik yang berusaha menyekat program tersebut, amat malanglah bila keadaan ini berlaku semula.

“Kita kini kembali ke zaman politik tidak bertamadun selepas Perikatan Nasional (PN) memerintah Johor dan Malaysia,” katanya.

Advertisement

Kelmarin, program agihan bendera dan sumbangan makanan kepada gelandangan disekat oleh MBJB dan pihak berkuasa program yang dianjurkan itu terpaksa dibatalkan dan disingkatkan.

Sementara itu Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Sharon Teoh berkata lawatan Salahuddin sebagai wakil rakyat adalah perlu untuk bertemu rakyat.

Sharon Teoh

Katanya, tindakan dilakukan pihak berkuasa adalah tidak wajar seolah-olah memperlakukan Salahuddin seperti penjenayah.

Advertisement

“Kenapa perlakukan dia (Salahuddin) seperti itu? Dia wakil rakyat dan seharusnya program tersebut adalah amalan beliau untuk bertemu rakyat.

“Ada juga beberapa program yang berlangsung namun tidak ada sebarang tindakan diambil. Sekiranya ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid 19 bukanlah dengan langsung menghalang program tersebut dijalanakan.

“Pihak berkuasa dan MBJB perlu lebih profesional dalam menjalankan kerja mereka bukan dengan membuat tindakan pilih bulu kerana faktor politik kepartian,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top