BM | EN | 中文

Tak perlu Mageran

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 14 JUN: Cadangan pelaksanaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dilihat sebagai sesuatu yang bercanggah dalam keadaan rakyat hari ini.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, apakah jaminan Mageran akan menghasilkan pengurusan pandemik Covid-19 dan ekonomi negara lebih baik sedangkan proklamasi darurat yang dilaksanakan semenjak awal tahun ini jelas tidak banyak membantu dalam melandaikan keluk pandemik di negara ini.

Katanya, beliau bimbang perlaksanaan Mageran akan hanya menambahkan masalah dalam pengurusan pandemik Covid-19 dan juga kesengsaraan ekonomi yang dihadapi rakyat.

Advertisement

Selain itu, cadangan tersebut perlu dibincangkan melalui kuasa legislatif dan melihat sokongan ahli parlimen dan Adun di peringkat negeri.

“Cadangan itu tidak munasabah kerana rakyat sudah cukup sengsara hari ini dalam keadaan darurat dan PKP.

“Kita perlu lihat terlebih dahulu apa punca kerajaan hari ini tidak berjaya menguruskan masalah rakyat terlebih dahulu.

Advertisement

“Kebimbangannya ialah Mageran lebih menyusahkan rakyat dan pentadbiran. Apa yang penting mengenal pasti terlebih dahulu punca perkara ini dan membetulkannya,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu tidak sependapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan cadangan tersebut.

Katanya lagi, pandemik ini boleh diselesaikan contohnya penutupan operasi keseluruhan sektor industri.

Advertisement

“Kegagalan hari ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran. Seperti mana yang kita tahu ‘total lockdown’ dilaksanakan, tetapi industri masih beroperasi. Mengikut MITI sebanyak 95,142 syarikat mendapat kelulusan untuk beroperasi semasa PKP3.0.

Kebenaran untuk kilang-kilang beroperasi meningkatkan bilangan kluster baru khususnya kluster ‘tempat kerja’ dengan majoriti disumbangkan ‘sektor perkilangan’.

Sebagai contoh pada :

Advertisement

a) 5 Jun 2021, terdapat 24 kluster baru dimana 17 kluster datang dari ‘Tempat Kerja’ khususnya ‘Sektor Perkilangan’.

b) 6 Jun 2021 – terdapat 30 kluster baru dimana 18 kluster dari ‘Tempat Kerja’ dengan 10 kluster dari ‘Sektor Perkilangan’.

c) 7 Jun 2021 – terdapat 23 kluster baru dimana 16 kluster dari ‘Tempat Kerja’.

Advertisement

d) 8 Jun 2021 – terdapat 24 kluster baru dimana 15 kluster dari ‘Tempat Kerja’

e) 9 Jun 2021 – terdapat 15 kluster baru dimana 13 kluster dari ‘Tempat Kerja’.

f) 10 Jun 2021 – terdapat 22 kluster baru dimana 18 kluster dari ‘Tempat Kerja’.

Advertisement

g) 11 Jun 2021 – terdapat 16 kluster baru dimana 12 kluster dari ‘Tempat Kerja’. Ujian besar-besaran keatas 2,838 pekerja kilang pembuat sarung tangan WRP Asia Pacific Sdn. Bhd. di Sepang mendapati 838 pekerjanya Covid-19 positif.

h) 12 Jun 2021 – terdapat 24 kluster baru dimana 15 kluster dari ‘Tempat Kerja’

i) 13 Jun 2021 – terdapat 15 kluster baru dimana 11 kluster dari ‘Tempat Kerja’.

Advertisement

Data sembilan hari diatas mendapati 181 kluster baru dengan 127 dari kluster tersebut atau 70 peratus dari kluster ‘tempat kerja’. Majoriti kluster ‘tempat kerja’ ini pula adalah disumbangkan oleh ‘sektor perkilangan’.

“Kita boleh membuat sepertimana PKP 1 dengan menutup semua sektor (total lockdown) bagi menumpukan penyelesaian pandemik Covid-19 yang sedang meningkat melebihi 5,000 kes baru sehari sekarang ini.

“Jika tidak kita bimbang PKP 3.0 tidak mencapai objektif memutuskan rantaian pandemik Covid-19 atau sekurang-kurangnya melandaikan keluk pandemik Covid-19.

Advertisement

“Dalam aspek lain pembabitan pelbagai pihak termasuk ahli parlimen dan Adun pembangkang bersama dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Justeru Mageran yang dicadangkan ini tidak munasabah. Yang perlu dilakukan adalah menamatkan segera darurat dan membuka semula Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan sistem demokrasi berfungsi sepenuhnya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top