BM | EN | 中文

Tak perlu berlawan dengan kawan kita, kata pengerusi AMANAH Johor

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 2 NOV: Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jentera Pakatan Harapan (PH) perlu memberi tumpuan kepada kerja-kerja penerangan dan mengelakkan pertelingkahan sesama rakan parti.

Aminolhuda mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan AMANAH dalam isu terhadap status bekas Adun Umno, Idris Haron dan wakil rakyat kerajaan yang berpaling tadah.

Aminolhuda ketika diajukan soalan berkenaan kenyataan Rafizi itu, berkata jentera AMANAH Johor akan memberikan tumpuan kepada lawan mereka sahaja bukan kawan dalam PH.

Advertisement

“Fokus kita hanya BN dan PN yang akan bersaing dengan Amanah serta PH di PRN Melaka.

“Tidak perlu untuk berlawan dengan kawan kita,” kata Aminolhuda, yang juga Adun Parit Yaani.

Terdahulu Rafizi dilaporkan membandingkan isu berkenaan dengan desakan AMANAH dan DAP yang mahu menerima Bersatu dalam pilihan raya umum ke-14.

Advertisement

Kata Rafizi, terdapat pemimpin tertentu “berkokok” dalam mesyuarat PH kerana parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.

Justeru itu Aminolhuda berpesan kepada anggota parti tidak perlu mengulas lanjut isu berkenaan dan menyerahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat keputusan

“Kita sebagai orang yang diamanahkan akan meneruskan usaha bagi mendapatkan sokongan untuk memenangkan calon dari AMANAH dan komponen PH yang lain.

Advertisement

“Apa yang perlu dibuat adalah dengan giatkan lagi usaha menerangkan kepada orang ramai dengan pelbagai kaedah yang tidak melanggar SOP kesihatan yang ditetapkan.

“Semua perkara ada strateginya dan ada sebab perkara tersebut dibawa.

“Saya yakin kesepaduan antara komponen adalah asas kekuatan PH dalam berhadapan dengan cabaran PRN Melaka kali ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top