BM | EN | 中文

Tak pegang jawatan tapi guna cop ahli majlis MPBP, tindakan pemimpin MCA Johor dipersoal

Tanda-tangan-borang-saksi-PTPTN-tindakan-pemimpin-MCA-Johor-dipersoal.png

Gambar Ehsan Sin Chew Daily

Advertisement

BATU PAHAT, 19 NOV: MCA Johor diminta menjelaskan tindakan seorang pemimpinnya menggunakan cop ahli majlis dan menandatangani borang sokongan permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sedangkan tidak layak berbuat demikian.

Pengerusi DAP cawangan Taman Makmur, Shazwan Zdainal Abidin mendedahkan, seorang pemimpin MCA di Batu Pahat, Teo Yew Chuan telah menggunakan cop jawatan ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) untuk menandatangani borang sebagai saksi bagi permohonan PTPTN.

Shazwan menjelaskan, perkara tersebut adalah serius kerana turut mengheret nama MPBP, selain dibimbangi menjejaskan permohonan PTPTN para pelajar melalui sokongan Teo.

Advertisement

“Mengapa menipu para pelajar? Apa yang dia mahu buktikan?

“Berapa banyak borang telah dia tanda tangan? Sebab ini akan menyebabkan permohonan (PTPTN) tidak lulus,” kata Shazwan melalui teks aplikasi Whatsapp kepada Johorkini.

Difahamkan, borang permohonan PTPTN tidak boleh ditandatangani oleh ahli majlis sebagai saksi, melainkan pegawai kerajaan dari Kumpulan A dan yang setara.

Advertisement

Shazwan menambah, MCA perlu bertindak profesional dan mengambil tindakan sewajarnya susulan perbuatan Teo itu.

Tambah beliau, perkara serius seperti penggunaan cop bagi jawatan yang tidak disandang, tidak boleh dikompromi.

Tindakan itu katanya tidak melayakkan Teo untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis mahupun pemimpin masyarakat.

Advertisement

“Adakah MCA Sri Gading dan MCA Johor akan mengambil tindakan terhadapnya atau mendiamkan diri? kata Shazwan sambil menggesa Teo mendedahkan jumlah borang permohonan PTPTN yang telah ditandatanganinya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top