BM | EN | 中文

Tak patuh SOP: Sebuah kilang di Johor dikompaun RM62,000

Selangor-keluar-lebih-8000-lesen-sementara-kepada-penjaja.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUL: Sebuah kilang pemasangan komponen barangan elektrik dan elektronik di bandar raya ini, dikompaun RM62,000 menerusi Operasi Pematuhan Akta 446 hari ini, selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu, kompaun sebanyak RM20,000 dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor, kerana kilang yang turut menjalankan kerja-kerja pembuatan dan penjualan ‘precision plastic injection mould’ itu, didapati melanggar SOP dengan beroperasi melebihi 60 peratus had pekerja.

“Lima kompaun dengan jumlah keseluruhan RM42,000 pula, dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kesalahan pekerja tidak mengimbas kod MySejahtera dan tidak melakukan sanitasi di premis perniagaan, yang juga merupakan satu kesalahan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Advertisement

“Kilang berkenaan secara keseluruhannya mempunyai seramai 8,426 orang pekerja yang terdiri daripada 5,296 vrarga asing dan 3,130 pekerja tempatan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sini hari ini.

Turut menyertai operasi itu, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Asri Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Zailee Dollah.

Awang berkata, operasi berkenaan disertai 150 penguat kuasa yang terdiri daripada pegawai dan anggota JTKSM, JKKP, KKM, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia serta MITI.

Advertisement

Beliau berkata, dalam operasi kedua di sebuah asrama pekerja di bandar raya ini pula, seramai 44 warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, kerana tidak memiliki dokumen pengenalan din yang sah.

“Kesemua mereka dibawa ke depot tahanan imigresen, dan pihak JTK Johor telah mengeluarkan saman hadir kepada pihak majikan, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top