BM | EN | 中文

Tak patuh SOP, Jabatan Kesihatan Negeri Johor arah sebuah kilang ditutup, empat dikompaun

Dr-Aman-Rabu-Jabatan-Kesihatan-Negeri-Johor-arah-sebuah-kilang-ditutup-empat-dikompaun-kerana-tak-patuh-SOP.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Sebuah kilang di bandar raya ini diarahkan tutup tujuh hari bermula semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan pengawalan COVID-19 dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu.

Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata kilang yang diarahkan tutup itu didapati tidak menyediakan pengimbas MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal selain itu empat kilang masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati tidak mematuhi SOP antaranya tidak melakukan sanitasi dan tiada penjarakan fizikal melibatkan pekerja.

“Kilang industri pembuatan itu diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau terdahulu melakukan pemeriksaan terhadap 25 premis kilang menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu terbabit di sini.

Dr Aman berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu berkenaan disertai 20 pegawai dan anggota JKNJ, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) Negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top